ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Abdullah (tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat selepas menyempurnakan penutupan SMeC 2024 yang berlangsung selama dua hari di Hotel Riverside Majestic, di sini, hari ini.

Sarawak rancang anjur SMeC berskala besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merancang untuk menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) berskala besar tahun hadapan susulan kejayaan penganjuran julung kali acara tersebut tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau percaya Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memberikan respons yang baik terhadap cadangan itu.

BERUCAP… Abdullah ketika menyampaikan ucapan penutupan.

“Perancangan penganjuran itu nanti bukan sekadar persidangan dan pembentangan, tetapi melihat idea untuk melibatkan setiap pihak yang terlibat dalam media supaya mengambil bahagian khususnya dalam pameran.

“Kita bercadang untuk melibatkan pembekal barangan elektronik seperti gajet, dron, mungkin juga penjual surat khabar, majalah dan banyak lagi,” katanya.

Abdullah yang juga Pengerusi Penganjur SMeC 2024 berkata demikian ketika berucap sempena penutupan SMeC 2024 yang berlangsung selama dua hari di Hotel Riverside Majestic, di sini, hari ini.

Tambahnya, lokasi terbaik yang difikirkan sesuai untuk mengadakan penganjuran acara tersebut adalah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Untuk rekod, SMeC 2024 yang diadakan buat julung kalinya telah berlangsung dari 26 hingga 27 Mei, sebagai pengisian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang diadakan di Sarawak tahun ini.

Persidangan bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ itu juga merupakan anjuran oleh UKAS dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Business Events Sarawak.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee; Pengarah UKAS, Samuel Simon; Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili; Presiden KDJA Ronnie Teo; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU