ARTIKEL

Sarawak rancang bina 12 gelanggang silat – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang merancang untuk membina 12 gelanggang silat yang mewakili 12 wilayah di negeri ini bagi kegunaan Rumpun Silat Sarawak (RSS), sebuah persatuan silat yang diiktiraf kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau mahu melihat warisan seni silat terus dimartabat dan menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu.

“Kerajaan Sarawak sejak dahulu memberi sokongan kepada RSS dan kerajaan pimpinan saya akan terus menyokong apa jua usaha bukan sahaja dalam melahirkan insan yang mampu mempertahankan diri dan bangsa, tetapi juga pesilat yang mampu mengharumkan Sarawak.

“Kos setiap satu gelanggang silat itu dianggarkan RM800,000 dan kita akan binanya secara berperingkat bagi menggalakkan budaya silat dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Guru dan Pemimpin RSS di sini, malam ini.

Lebih 250 pesilat RSS dari seluruh Sarawak hadir pada perhimpunan berkenaan yang turut diisi dengan bengkel persilatan dan pembentangan kertas kerja.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin. – Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira