ARTIKEL

Datuk Rahman Lariwoo (kanan) menunjukkan surat pengesahan untuk penganjuran kejuaraan itu.

Sarawak sah tuan rumah Kejuaraan Tinju Dunia Asia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak sah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 yang bakal menyaksikan jaguh-jaguh tinju professional dari serata dunia berkampung di Kuching pada 11 Mei depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo berkata, pemilihan Sarawak disahkan sendiri oleh Presiden Majlis Tinju WBC Asia, Col Thanapol Bhakdibhumi kepada beliau semasa pertemuan di Bangkok semalam.

Menurut Rahman, selepas perbincangan SABA bersetuju untuk mengadakan perlawanan WBC itu serentak dengan Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 10 Mei di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

“Ini adalah sejarah baharu dalam arena sukan tinju Sarawak dan negara kerana julung kalinya kejohanan dunia itu berlangsung di sini.

“Ini juga sebagai menyahut seruan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang mahukan lebih banyak acara bertaraf antarabangsa dianjurkan di Sarawak.

“Justeru, pihak SABA merakamkan penghargaan kerana memberi kita kepercayaan serta sokongan untuk membawa kejuaraan ini di Bumi Kenyalang,” jelas Rahman pada sidang media, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini lapan negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Malaysia, Jepun, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Perancis dan Brazil.

Katanya, sebanyak lima kategori akan dilangsungkan pada 11 Mei nanti yang menawarkan perebutan tali pinggang kejuaraan serta mata kedudukan kepada petinju terlibat.

“Kemuncak perlawanan WBC nanti adalah pertarungan membabitkan jaguh tinju Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy dalam kategori Bantam weight yang dijangka bertemu dengan juara bertahan dari Thailand,” tambah Rahman.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU