Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Sarawak salur RM5 juta, bantu penternak babi terkesan ASF

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM5 juta kepada penternak babi yang ternakannya dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF).

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) sedang dalam proses mengenal pasti dan pengesahan bagi penternak babi komersial, separa komersial dan belakang rumah yang ladangnya dijangkiti ASF.

“Termasuk mereka yang telah bersetuju untuk mengurangkan populasi babi di ladang untuk membendung penularan ASF.

“Bantuan kewangan ini adalah untuk membantu penternak menghadapi masa sukar serta kehilangan sumber pendapatan utama mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pada masa ini dianggarkan kira-kira 32 penternak babi komersial dan separa komersial terjejas.

“Sekitar 600 penternak babi belakang rumah juga terjejas oleh penyakit ini termasuk kira-kira 32,500 ekor babi telah dimusnahkan,” ujarnya.

Katanya tindakan tersebut berjaya mengawal ASF daripada merebak ke ladang komersial lain dan keadaan penyebaran wabak tersebut dijangka bertambah baik pada tahun-tahun akan datang.

“Langkah pemusnahan yang berkesan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan akan berjalan pantas selari dengan langkah penghapusan ASF di negeri ini.

“Ia sekali gus membolehkan industri babi kembali pulih dengan cepat daripada wabak penyakit ini,” jelasnya lagi.

Beliau sekali lagi ingin menegaskan bahawa wabak tersebut bukanlah penyakit zoonosis dan adalah selamat untuk mengambil daging babi serta produk khinzir yang dijual di kedai runcit serta yang telah diperiksa oleh veterinar.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk