ARTIKEL

Abang Johari pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB, di Kuching, semalam.

Sarawak sama pendirian Malaysia, tidak iktiraf Peta Standard China Edisi 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendirian Sarawak adalah sama dengan Malaysia, tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Demikian tegas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas mengenai Peta Standard China Edisi 2023 itu yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China dan melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Malaysia sudah menyatakan pendirian yang sama sekali tidak menerima dan mengiktiraf isu tuntutan tersebut.

Bermakna ia sama sekali tidak mengikat Malaysia.

“Sarawak adalah di dalam Malaysia dan bermakna pendirian kita adalah sama. Ia tidak memberi kesan kepada kita,” katanya.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB, di sini, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada 30 Ogos lalu berkata, peta itu yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China, sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Negara kekal dengan pendiriannya, yang secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan terdapat undang-undang antarabangsa yang perlu negara patuhi, iaitu Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).

Terdahulu, Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak dengan menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan. Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Permudah permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa proaktif dalam mempermudah urusan permohonan dan kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah sekali

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau