ARTIKEL

Sarawak sasar 3 juta pengunjung tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERIAH…Sebastian (tengah) bersama Ng Chek Yong (lapan dari kanan) bersama penerima buku ‘Stars Winkle, and so our Original Aspiration’ di Bilik Ballroom Riverine Diamond

KUCHING: Sarawak komited untuk meningkatkan industri pelancongan dengan menyasarkan kira-kira tiga juta pengunjung ke negeri ini pada tahun 2023.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, ini mengambil kira ketibaan pengunjung melebihi sasaran asal 1.2 juta yang telah direkodkan tahun 2022 sehingga November lalu.

Sasaran baharu 2023 itu katanya, dijangka mampu ditepati seperti rekod pengunjung sebelum Covid-19 di Sarawak iaitu seramai 4.6 juta.

“Industri pelancongan kini sudah kembali seperti biasa dengan ketiadaan wabak Covid-19 serta sempadan antarabangsa dibuka awal tahun ini.

“Melihat kepada situasi ini, sasaran kita pada tahun ini mempamerkan keputusan positif iaitu 1.2 juta pengunjung yang berjaya dicapai sebelum penghujung tahun.

“Jadi jumlah tahun ini bakal memecah rekod sasaran iaitu diantara 1.5 hingga 1.8 juta pengunjung bagi musim 2022 manakala untuk tahun 2023 kita menyasarkan kira-kira 3 juta pengunjung datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Stars Winkle, and so our Original Aspiration’ sempena ulang tahun ke-50 Sarawak Poetical Society di Riverine Diamond, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama katanya, usaha mempertingkatkan sektor pelancongan telah disusun atur dengan memulakan acara sambutan ambang kira detik 2023 secara fizikal secara besar-besaran bertempat di Tebingan Kuching pada 31 Disember ini.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta