ARTIKEL

Sarawak sasar tingkat eksport produk kayu tambah nilai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Industri perkayuan disyorkan mentransformasikan aktiviti dan operasi mereka dengan mengeluar lebih banyak produk perkayuan nilai tambah tinggi.

Demikian tegas Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkata, transformasi ini adalah dengan menggunakan lebih banyak bahan mentah dari ladang hutan dan buluh secara optima.

Menurutnya, prestasi industri perkayuan Sarawak bagi tahun 2022 menunjukkan peningkatan nilai eksport sebanyak dua peratus kepada RM3.95 bilion berbanding RM3.88 bilion tahun 2021.

Bagaimanapun katanya, bagi tempoh suku pertama 2023, nilai eksport produk perkayuan menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus kepada RM752 juta berbanding RM1.04 billion pada tempoh yang sama tahun 2022. 

“Penurunan jumlah eksport ini adalah kesan daripada pengurangan import produk utama seperti papan lapis, balak dan papan gentian oleh Negara Jepun dan India.

“Justeru, pada masa ini eksport produk perkayuan di Sarawak masih lagi tertumpu kepada eksport produk utama,” katanya yang juga merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU