ARTIKEL

Sarawak sasar tingkat keluasan tanaman nanas sehingga 20,000 hektar sebelum akhir 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman nanas di seluruh negeri sehingga menjangkau 20,000 hektar menjelang akhir 2030.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia susulan nanas merupakan salah satu tanaman utama yang dilihat sangat berpotensi dan mampu memberikan pulangan tinggi untuk dimajukan.

“Sarawak dikenal pasti mempunyai beberapa kelebihan dan potensi yang sangat sesuai untuk membangunkan industri nanas mampan termasuk keluasan kawasan tanah dan kedudukannya yang strategik.

“Justeru, keluasan tanah yang dimiliki ini perlu diusahakan dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, untuk pasaran eksport, kedudukan geografi Sarawak yang lebih hampir ke China, Korea dan Jepun turut menjadi tarikan membangunkan produk-produk agro makanan eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail pada Majlis Perasmian Seminar Industri Nanas Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya usaha itu selari dengan sasaran Sarawak untuk menjadi salah satu pengeluar dan pengeksport utama produk agro makanan menjelang tahun 2030.

“Sehingga kini, seluas sekitar 3,000 hektar kawasan di negeri ini telah dibangunkan dengan tanaman nanas. Manakala menjelang penghujung 2025 kita menyasarkan untuk mencapai pertambahan kawasan seluas 1,200 hektar.

“Ini sekali gus bakal meningkatkan pendapatan pengusaha nanas kepada RM 8,000 sebulan, di samping menyasarkan peningkatan produktiviti pengeluaran tanaman daripada 40 tan metrik kepada 50 tan metrik sehektar,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU