ARTIKEL

Sarawak sedia bantu Persekutuan selenggara sistem air, telekomunikasi di premis kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penyelenggaraan sistem retikulasi air dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dalam premis milik Kerajaan Persekutuan di negeri ini perlu diselaraskan dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, ia bagi membolehkan bantuan khidmat teknikal disalurkan dengan berkesan kerana penyelenggaraan berkenaan bukan di bawah tanggungjawab
Kerajaan Sarawak.

Menurutnya, berdasarkan Peraturan Bekalan Air, 1995, agensi bekalan air di Sarawak hanya bertanggungjawab untuk membekal air dan menyelenggara fasiliti sehingga ke meter air premis sahaja.

“Namun sebagai jabatan teknikal negeri, kita bersedia membantu menyelesaikan masalah terbabit dari segi khidmat nasihat teknikal, manakala peruntukan hendaklah disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kerana premis-premis berkenaan milik mereka.

“Oleh itu, kita menekankan supaya penyelenggaraan bekalan air termasuk liputan perkhidmatan telekomunikasi di premis berkaitan dapat diselaraskan dengan agensi-agensi di bawah kementerian saya.

“Misalnya, agensi bekalan air seperti Lembaga Air Kuching dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) boleh bersama membantu menyelesaikan isu terbabit supaya tidak berlanjutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama 26 agensi kerajaan mengenai peranan dan tanggungjawab Sarawak berhubung masalah bekalan air dan liputan telekomunikasi di premis milik Persekutuan, di sini, hari ini.

Ujarnya, beliau perlu menjelaskan peranan kementeriannya kerana sering menerima aduan masalah tersebut yang berpunca daripada sistem retikulasi air dalaman tidak diselenggara dengan baik, selain kualiti perkhidmatan telekomunkasi kurang memuaskan.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak juga menjalankan ujian audit rangkaian mudah alih dan tetap secara berkala di lokasi-lokasi strategik yang telah dikenal pasti sepanjang tahun termasuk di premis Kerajaan Persekutuan.

LAIN-LAIN BERITA

Kaji, semak tempoh kenaikan pangkat penjawat awam

MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan