ARTIKEL

Dr. Sim Kui Hian bercakap pada Bengkel Persediaan SPM 2026 di Kuching.

Sarawak Sedia Pelbagai Bantuan Pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kekangan kewangan bukan lagi alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi kerana Kerajaan Sarawak kini menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak Sarawak mempunyai peluang membina masa depan yang lebih baik.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak memberi penekanan serius dalam pembangunan pendidikan dan modal insan yang menjadi asas kepada pembangunan masa hadapan.

“Hari ini Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk Skim Pendidikan Tinggi Percuma, biasiswa, komputer riba percuma serta elaun sara hidup supaya tiada lagi pelajar tercicir hanya disebabkan kekangan kewangan,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Batu Kawah berkata demikian pada Majlis Perasmian Bengkel Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho, Batu Kawa, di sini.

“Pembangunan Sarawak bergantung kepada pendidikan yang berkualiti serta pembangunan bakat secara berterusan.

“Dengan melabur dalam pendidikan generasi muda hari ini, kita sedang membina asas yang kukuh ke arah masa depan yang lebih maju dan makmur,” tegasnya.

Mengulas mengenai bengkel yang diperkenalkan sejak 2024 itu, beliau berkata ia bertujuan membantu calon SPM menguasai teknik pembelajaran dan strategi menjawab peperiksaan menerusi bimbingan guru-guru berpengalaman.

“SPM merupakan antara peperiksaan paling penting kerana menjadi penentu laluan pelajar ke institusi pengajian tinggi dan alam pekerjaan,” tegasnya.

Dalam pada itu ujarnya, pelajar Sarawak termasuk dari DUN Batu Kawa menunjukkan pencapaian membanggakan dalam peperiksaan SPM sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Seramai 600 pelajar dari Sekolah Menengah Min Lit Batu Kawa, SMK Batu Kawa, SMK Jalan Arang serta anak-anak Batu Kawa yang bersekolah di luar kawasan menyertai bengkel percuma selama dua hari itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

TAMAT//

BERITA LAIN

BERITA TERBARU