ARTIKEL

Ucapan penggulungan Premier disiarkan menerusi televisyen kepada hadirin di luar dewan. - Foto: Ghazali Bujang

Sarawak sediakan rangka kerja bagi penyelesaian tenaga mampan, peralihan kepada tenaga bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyediakan rangka kerja untuk membangunkan penyelesaian tenaga mampan berhubung dengan teknologi biotenaga.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut diilhamkan susulan lawatan ke Stesen Janakuasa Drax di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Stesen tersebut telah berjaya beralih daripada arang batu kepada biojisim dan hasil lawatan tersebut, Sarawak menyediakan rangka kerja untuk membangunkan penyelesaian tenaga mampan.

“Lawatan ini juga mengukuhkan rancangan kami untuk meningkat dan mempelbagaikan sektor tenaga boleh diperbaharui Sarawak dengan menukar loji janakuasa arang batu kita kepada biojisim, menggunakan pelet kayu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, bahan api biojisim yang diperoleh daripada pelet kayu kebanyakannya menggunakan produk sampingan daripada aktiviti perkayuan.

“Justeru, Sarawak komited terhadap amalan pengurusan mampan untuk mengimbangi penggunaan ekonomi dengan pemuliharaan alam sekitar.

“Dengan menerima teknologi biojisim termaju dan menjimatkan kos, kita boleh membangunkan loji janakuasa baharu lebih cekap yang disesuaikan dengan ketersediaan sumber tempatan kita,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, walaupun inisiatif tersebut memerlukan pelaburan awal yang besar, ia menjanjikan manfaat jangka panjang yang baik selain memupuk ekonomi pekeliling.

“Lebihan tenaga yang dijana ini juga boleh dialihkan untuk menjana tenaga bagi pelbagai sektor ekonomi kita dan dijual pada kadar premium,” ujarnya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri