Sarawak sertai Liga Futsal Kebangsaan

SKUAD futsal Sarawak akan menyertai Kejohanan Futsal Kebangsaan 2020 yang djadualkan bermula
pada Mac depan.

Pengurus skuad futsal Sarawak, Zaifulfadillah Junaidi menjelaskan, sekarang ini mereka sudah
pun mempunyai calon jurulatih.

“Kita akan umumkan jurulatih pada 31 Disember nanti,” katanya.

Menurutnya, calon tersebut merupakan seorang pendidik dari Zon Tengah yang berpengalaman luas
dalam arena futsal.

“Dia akan dibantu bekas pemain futsal Sarawak.

Saya yakin mereka mampu membentuk gandingan mantap,” jelasnya.

Mengenai barisan pemain, Zaifulfadillah menjelaskan, ia hanya akan diumumkan pada Januari depan.

“Kita akan memberi keutamaan kepada pemain mpatan di sini. Terdapat juga beberapa pemain dari
Semenanjung yang ingin menyarung jersi Sarawak.

“Namun kita akan pertimbangkan… jika sesuai dan menepati kriteria yang kita inginkan, maka kita
akan serapkan mereka,” jelasnya.

Kejohanan Futsal Kebangsaan mula diperkenal pada 2019 dan mendapat sambutan hangat.

Untuk kejohanan 2020, pasukan yang bertanding dibenarkan mengambil tenaga import dari luar.