ARTIKEL

Abang Johari (duduk tengah) pada sidang media selepas merasmikan Program Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA Bahagian Kuching di Kuching Waterfront di sini hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Sarawak setuju jadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak secara tidak rasmi bersetuju untuk menjadi tuan rumah bersama (co-host) bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata persetujuan itu dilihat olehnya sebagai salah satu agenda di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, iaitu pembangunan bakat.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu secara tidak rasmi (tentang perkara ini) semasa menandatangani Perjanjian Pelabuhan Bintulu di Kuala Lumpur.

“Saya kata saya akan bincang dahulu, tetapi saya rasa kita boleh menjadi tuan rumah bersama pada 2027 kerana ia memang agenda kita dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), pembangunan bakat.

“Kesediaan Sarawak ini antara lain bertujuan mencungkil dan mengembangkan bakat belia dalam pelbagai bidang, termasuk sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Bahagian Kuching di Kuching Waterfront di sini hari ini.

Menjelas lanjut, kata Abang Johari, Sarawak bersedia menyumbang separuh daripada bajet berjumlah RM750 juta untuk Sukan SEA, dengan Kerajaan Persekutuan menanggung separuh lagi.

Bagi memenuhi permintaan Kerajaan Persekutuan ini juga, Abang Johari menetapkan agar Majlis Perasmian Sukan SEA diadakan di Sarawak serta sebahagian daripada acaranya mesti diadakan di negeri ini.

“Selain itu, perbincangan lanjut akan diadakan antara Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Rahman Hamzah, dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, untuk menentukan jumlah acara sukan yang akan diadakan di Sarawak dan Putrajaya.

“Ini adalah untuk belia kita, kerana masa depan kita bergantung kepada mereka. Jika belia cergas, masa depan kita juga cergas,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya