ARTIKEL

Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sarawak kini bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut yang bermula sejak 11 Nov lepas dan dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, JPBN mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 5,501 anggota dalam menghadapi keadaan cuaca bermusim itu.

JPBN Sarawak menerusi Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dibantu dengan kekuatan aset logistik sebanyak 487 aset darat, 249 aset laut dan sungai, 12 aset udara dan 207 aset sokongan.

“Aset ini dan anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi musim monsun ini. Sebanyak 70 buah bot fiber juga diagihkan ke seluruh Bahagian bagi membantu usaha pemindahan mangsa-mangsa banjir sekiranya diperlukan,” katanya. Berita lanjut menyusul.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais