ARTIKEL

Sarawak, Singapura meterai MOU kukuh kerjasama ekonomi hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DUBAI: Sarawak dan Singapura mengorak langkah memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi hijau melalui pemeteraian memorandum persefahaman di sini, hari ini.

Menurut kenyataan, majlis MOU yang turut dihadiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah sebahagian daripada usaha untuk menarik pelabur ke Sarawak.

Majlis itu menandakan kerjasama strategik antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd yang akan membuka jalan kepada kerjasama dalam bidang merangkumi aspek kritikal termasuk transformasi industri; peralihan tenaga; penyahkarbonan industri; penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta pembangunan dan pengurusan taman perindustrian.

Premier turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan sebuah syarikat pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi iaitu Mubadala pada esok hari, sekali gus menjalinkan potensi kerjasama dan pelaburan dalam sektor peralihan tenaga.

Beliau turut dijangka menghadiri MOU antara perusahaan komersial global terkemuka dalam tenaga boleh diperbaharui dan teknologi bersih dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), MASDAR dengan Sarawak Energy Berhad (SEB).

MOU itu sebagai usaha komitmen bersama antara kedua-dua syarikat dalam amalan tenaga mampan dan potensi perkongsian strategik.

Seterusnya, Abang Johari bersama delegasi dijadual bertolak ke London pada Khamis bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai pelaburan perniagaan dan program rangkaian; menekankan dedikasi Sarawak untuk mengembangkan perkongsian antarabangsa, di samping menarik pelaburan untuk pembangunan mampan.

Terdahulu, beliau tiba di Dubai bagi menghadiri Persidangan Ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), di sini, semalam.

Ketibaan Premier bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta delegasi yang lain disambut oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

LAIN-LAIN BERITA

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

Edar syabu, lelaki warga asing dicekup

BINTULU: Seorang lelaki warga asing dicekup kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah, di kawasan Kemena di sini, pada Selasa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,