ARTIKEL

Sarawak Skills bantu lahir modal insan mahir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Institusi Pembelajaran Sarawak Skills (Sarawak Skills) akan menawarkan kursus pendek Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Kenderaan Hibrid dan Elektrik pada minggu pertama Oktober depan.

Kursus dua hari itu akan diadakan di Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (AWISAR) di Kawasan Perindustrian Demak Laut.

Menurut Pengurus Besar AWISAR, Ts. Jaidil Yakop, pihaknya menerima banyak permintaan dari pelbagai pusat dan bengkel automotif untuk menawarkan program kursus pendek.

“Ia adalah untuk meningkatkan set kemahiran juruteknik dan kakitangan lain, khususnya dalam bidang servis dan penyelenggaraan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Kenderaan Elektrik (EV).

“Program latihan yang akan datang merangkumi gambaran keseluruhan HEV dengan tumpuan kepada prinsip kerja, teknologi dan prosedur keselamatan kerja di sekitar kenderaan elektrik dan hibrid.

“Terdapat juga sesi pengurusan bahaya kenderaan elektrik dan hibrid untuk kakitangan bagi kecemasan dan pemulihan,” katanya.

Melalui program itu kelak, sesi praktikal turut diadakan yang membolehkan peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara langsung dalam bidang tersebut.

Secara ringkasnya, program ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan industri bagi mereka yang terlibat termasuk juruteknik dan penyelia.

Ujarnya lagi, program ini sesuai untuk orang ramai yang berminat mengetahui tentang servis dan penyelenggaraan kenderaan hibrid serta elektrik.

“Sehubungan itu, kami bangga untuk melengkapkan kerajaan dan industri dalam usaha bersama kami bagi membangunkan modal insan negeri serta negara.

“Dalam perkara ini, seiring dengan peranan sebagai pemegang kepentingan dalam transformasi landskap sosioekonomi Sarawak, Sarawak Skills juga merancang untuk menubuhkan Pusat Latihan Bertauliah untuk HEV, EV dan Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen dalam Sarawak.

“Saya dapat katakan, program itu merupakan satu langkah penting dalam peranan berterusan kami untuk menyokong sektor pengangkutan Sarawak terutamanya dalam memudahkan pembangunan tenaga kerja dengan kemahiran khusus penyelenggaraan HEV dan EV,” jelasnya.

Tambahnya, ini akan membantu menyokong transformasi enam sektor ekonomi utama Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

Pendaftaran program tersebut masih dibuka dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jaidil dalam talian 082- 496280 dan 019-8591370 atau e-mel jaidil@ppks.edu.my.

Maklumat mengenai pelbagai program latihan korporat yang disediakan boleh didapati daripada laman sesawang Sarawak Skills www.ppks.edu.my.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana