ARTIKEL

Sarawak tanam 34 juta pokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia.

Faktor lain seperti kehilangan habitat melalui penebangan hutan dan eksploitasi hidupan liar secara langsung menyumbang kepada kemunculan virus seumpamanya.

Ini kerana, hidupan liar yang kehilangan habitat terpaksa mencari habitat baharu, lazimnya berdekatan populasi manusia.

PENGHIJAUAN SEMULA

Justeru, masih belum terlambat untuk kita sedar bahawa manusia mempunyai nilai kebergantungan yang sangat tinggi dengan alam sekitar.

Alam sekitar dan hutan berkualiti secara langsung menjamin kesihatan manusia secara keseluruhannya.

Kekayaan sumber semula jadi dan kepelbagaian genetik pastinya membuka ruang untuk kita mencari kunci penyelesaian krisis yang dihadapi.

Kehidupan seharian ketika ini banyak dimudahkan hasil pengetahuan, pengolahan dan aplikasi penggunaan hasil genetik dari alam sekitar.

Dalam pada itu, Sarawak juga dilihat komited dalam menghargai kepentingan biodiversiti apabila direkodkan sebagai negeri teratas dalam kempen penanaman pokok.

Buktinya, Sarawak merekodkan penanaman sebanyak lebih 34 juta pokok sekali gus merupakan penyumbang tertinggi bagi penanaman pokok di Malaysia setakat April 2024.

Ia dijayakan melalui inisiatif Kempen Penghijauan Sarawak dengan menggalakkan penanaman pokok, termasuk spesies untuk perhutanan bandar, pokok ladang hutan, pokok asli dan sebagainya.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, salah satu daripada teras utama ialah Kerajaan Negeri ingin memastikan kelestarian alam sekitar terjaga dan seimbang dengan pelaksanaan pelbagai program pembangunan.

“Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030 menggariskan tujuh teras utama dalam usaha mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Kempen penanaman 100 juta pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021 itu memastikan komitmen negara mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah diliputi kawasan hutan dapat dicapai,” ujarnya ketika penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, baru-baru ini.

Manakala, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melalui Projek Pemulihan Semula Alam menanam 98 ribu pokok di Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) di seluruh Sarawak.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak melalui polisi Pensijilan Pengurusan Hutan menyasarkan tiga juta hektar kawasan Lesen Jangka Panjang untuk persijilan selewat-lewatnya pada 2025.

Setakat ini, sejumlah 26 unit Pengurusan Hutan (FMU) dengan keluasan 2.38 juta hektar dan tujuh unit Pengurusan Ladang Hutan (FPMU) berkeluasan 97,966 hektar mendapat pensijilan masing-masing.

PENEMUAN SPESIES TERANCAM

Selain itu, menurut Jabatan Hutan Sarawak mewartakan kawasan hutan seluas kira-kira 845 hektar di Sungai Selai Inah, Jemoreng, Matu dalam Bahagian Mukah sebagai kawasan perlindungan spesies primat berikutan penemuan spesies haiwan terancam di kawasan itu, baru-baru ini.

Apabila diwartakan, kawasan tersebut dikenali sebagai Sungai Selai Inah Protected Forest akan melindungi primat terbabit yang dikenali sebagai monyet merah atau nama saintifiknya Presbytis Chrysomelas cruciger (Tricolour Langur).

Ujar beliau, spesies terancam kritikal itu ditemui ketika ekspedisi saintifik dilaksana di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu — diterbitkan dalam artikel antarabangsa Check List the Journal of Biodiversity Data pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, spesies monyet unik tersebut hanya pernah dijumpai di Taman Negara Maludam dalam Bahagian Betong.

Monyet itu jelasnya, dikategorikan sebagai spesies terancam secara kritikal oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta spesies terlindung dalam Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.

Tambah Awang Tengah, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hutan Sarawak mengadakan kolaborasi dengan pelbagai pihak di luar negara bagi mengukuhkan pengurusan hutan, teknologi perhutanan dan penyelidikan hutan.

Justeru, Kerajaan Sarawak sama sekali tidak pernah berkompromi dalam hal melibatkan kepentingan alam sekitar meskipun, Bumi Kenyalang ketika rancak menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan termasuk kegiatan pertanian melibatkan pembukaan kawasan hutan.

BERITA LAIN

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat