ARTIKEL

Penerbangan sulung AirBorneo dari Kuching ke Kuala Lumpur, hari ini | Foto: JAPEN

Sarawak Tanggung Sebahagian Kos Tetap AirBorneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan menanggung sebahagian kos tetap AirBorneo bagi menyokong operasi syarikat penerbangan milik negeri itu.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu membolehkan AirBorneo berfungsi sebagai ‘jambatan udara’ bagi menghubungkan Sarawak dengan destinasi utama, sekali gus memperkukuh aktiviti ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesalinghubungan negeri itu.

“Model perniagaan AirBorneo berbeza daripada syarikat penerbangan lain. Kerajaan negeri akan menyumbang kepada sebahagian kos tetap, manakala kos operasi akan dikendalikan secara komersial.

“Apa yang kita lakukan ialah menganggap syarikat penerbangan ini sebagai satu pelaburan untuk meluaskan dan mengukuhkan aktiviti ekonomi,” katanya pada sidang media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan sulung AirBorneo ke Kuala Lumpur, hari ini.

Abang Johari berkata kewujudan AirBorneo penting bagi menyokong pelaburan baharu yang masuk ke Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu dan semikonduktor yang memerlukan kemudahan perhubungan udara lebih baik.

Beliau berkata pelaburan seperti Western Digital serta pelaburan dari negara Asia Timur termasuk Jepun dan Korea menunjukkan keperluan kepada sistem logistik yang cekap bagi menyokong pergerakan pelabur dan tenaga kerja.

Mengulas hala tuju jangka panjang AirBorneo, Abang Johari berkata Sarawak mahu membangunkan syarikat penerbangan itu sebagai penghubung serantau dengan mengambil contoh kejayaan Dubai menerusi Emirates.

Mengenai perbelanjaan modal (capex) AirBorneo bagi tempoh lima tahun akan datang, Abang Johari berkata jumlah berkenaan masih dalam proses pengiraan.

Beliau berkata perancangan kewangan bagi laluan Kuala Lumpur dan Singapura diselesaikan, manakala unjuran bagi laluan antarabangsa lain masih diperincikan.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan