ARTIKEL

Sarawak teroka binaan rumah dan bangunan cetakan 3D

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneroka kaedah alternatif membina rumah atau bangunan menggunakan pencetak 3D pembinaan gergasi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini mahu mengambil pendekatan baharu dalam membina rumah dan bangunan.

“Saya telah menghantar sekumpulan syarikat pembinaan di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ke China untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan teknologi terkini seperti menggunakan pencetak 3D untuk membina rumah.

“Rumah bercetak 3D ini boleh disiapkan dalam tempoh lima minit dan dengan teknologi baharu ini, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 (SR23) di Bilik Mesyuarat Utama Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan lebih lanjut dengan pencetak 3D, pembinaan rumah atau bangunan bukan sahaja dapat dibangunkan dengan lebih cepat, tetapi juga mampu mengurangkan kos.

“Tetapi apa yang penting ialah seseorang itu mesti menguasai teknologi, dan kemudian orang yang terlibat dalam industri pembinaan akan dibayar lebih tinggi.

“Inilah yang kita panggil ekonomi berpendapatan tinggi menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Dalam industri pembinaan, pencetakkan 3D boleh digunakan untuk mencipta komponen pembinaan atau untuk mencetak keseluruhan bangunan.

Dengan cetakan 3D, ia dapat membantu menjimatkan masa, mengurangkan pembaziran bahan dan mengurangkan kesilapan manusia.

BERITA LAIN

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri