ARTIKEL

Sarawak terus catat kes positif tertinggi 589 kes dan tiga kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi di Malaysia hari ini dengan 589 kes dan tiga kes kematian baharu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 24,529 kes dan 140 kes kematian akibat Covid-19.

“Daerah yang merekodkan kes positif hari ini termasuk Sibu (133), Bintulu (99), Mukah (82), Kapit (72), Kuching (44), Sarikei (31), Miri (30), Meradong (16), Tatau (16), Sri Aman (13), Selangau (11), Matu (8), Kanowit (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Serian (4), Pakan (4), Samarahan (3), Subis (2), Dalat (2) dan satu kes masing-masing di Kabong, Song, Saratok serta Julau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, seramai 88 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 473 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Mengulas lanjut mengenai tiga kes kematian baharu Covid-19 hari ini, JPBN memberitahu kes kematian ke-138 adalah kes positif ke-18,803 yang melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 77 tahun.

“Kes telah dirujuk daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Bintulu hasil daripada ujian RTK Antigen yang dikesan positif Covid-19 pada 7 April lalu dan kes turut mengalami gejala demam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU