ARTIKEL

Sarawak terus guna bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abang Johari berucap pada Majlis Malam Gala Ulang Tahun ke-21 Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di sini, malam tadi.

KUCHING: Sarawak terus berpegang teguh dalam mempertahankan haknya seperti yang termaktub di bawah Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, komited dalam melindungi hak tersebut, beliau telah meminda perkara satu perkara berkaitan bahasa ketika memeterai perjanjian persefahaman Kerajaan Persekutuan pada Jumaat.

Menurutnya, pindaan itu untuk membenarkan Sarawak menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, salah satu perenggan perjanjian tersebut memetik Perkara 152 sahaja, iaitu mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Saya memindanya dengan memberitahu bukan sahaja Perkara 152, tetapi Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Sarawak menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai bahasa rasminya juga mesti dimasukkan. Dan perdana menteri bersetuju dengan pindaan itu.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Malam Gala Ulang Tahun ke-21 Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di sini, malam tadi.

Di bawah Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan bagi Sabah dan Sarawak, menyatakan bahawa Sarawak mempunyai kebebasan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris dan juga bahasa asal, bersama dengan bahasa Malaysia sebagai medium rasmi komunikasi.

Sehingga hari ini, Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang ordinan atau enakmen bagi mengehadkan atau memansuhkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 161(3) Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Antara Kerajaan (ICG) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Seksyen 1(2) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) memperuntukkan bahawa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, masing-masing pihak berkuasa negeri boleh menerima pakai Akta Bahasa Kebangsaan menerusi enakmen perundangan masing-masing negeri.

BERITA LAIN

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

25 jelitawan rebut gelaran ratu cantik

KUCHING: Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 Edisi Kesembilan bakal menampilkan 25 finalis bagi merebut gelaran juara atau ratu cantik. Pengerusi

BERITA TERBARU

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang