ARTIKEL

Sarawak terus terajui Agenda Ekonomi Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memastikan Sarawak terus menerajui Agenda Ekonomi Hijau di rantau ini.

Beliau berkata wilayah ini akan terus menumpukan kepada pembangunan mampan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030 dan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Melalui kementerian berkaitan dan agensi, kami bekerjasama dengan pakar di sekitar dunia ke arah memanfaatkan potensi sepenuhnya rantau kami, memberi manfaat kepada industri, inovasi dan pembangunan infrastruktur.

“Ini juga membuka jalan ke arah yang lebih cerah dan masa depan yang lebih mampan, bukan sahaja untuk wilayah kita tetapi untuk seluruh dunia,” katanya berucap bagi menyempurnakan penutupan Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata di bawah Agenda Tenaga Hijau, Sarawak sedang meneroka beberapa cara untuk menyahkarbon sistem pengangkutan dan peralihan selanjutnya ke arah ekonomi rendah karbon.

Katanya pada 2019, Sarawak telah ditauliahkan Stesen Minyak dan Loji Pengeluaran Hidrogen pertama di rantau ini, serta bekerjasama dengan Jepun dan syarikat multinasional Korea Selatan dalam membangunkan kilang pengeluaran hidrogen mega di Bintulu.

Pada masa sama, katanya Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang menggunakan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) dan disepadukan dengan penyelesaian digital juga menggunakan sel bahan api hidrogen.

“Dengan sistem pengangkutan awam bersepadu yang moden dan mesra alam, kami mengharapkan pelepasan karbon daripada pengangkutan darat di bandar raya Kuching akan berkurangan dengan ketara sebanyak 15 peratus menjelang 2030.

“Pertumbuhan trafik sebanyak 2 peratus setiap setahun akan berkurangan dan kami akan menjimatkan 36,000 jam masa perjalanan harian,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak turut meneroka mikroalga untuk menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), yang penting untuk industri penerbangan mencapai sifar pelepasan menjelang 2050.

“Kami kini mengusahakan 1,000 ekar mikroalga di Bintulu yang berpotensi menghasilkan 500,000 tan minyak alga mentah setahun.

“Ini boleh disamakan dengan kira-kira 10,000 tong sehari dengan kira-kira 37 peratus kadar pengekstrakan minyak alga mentah daripada biojisim alga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak dianggarkan mempunyai kira-kira 30 trilion meter padu kapasiti simpanan karbon di dasar laut.

“Kami kini menjalankan projek Tangkapan dan Penyimpanan Karbon Luar Pesisir (CCS) pertama di Lapangan Petronas Kasawari dekat Bintulu.

“Projek ini dijangka mengurangkan sehingga 3.3 juta tan karbon dioksida (CO2) setiap tahun dan seterusnya menyumbang kepada matlamat sifar pelepasan menjelang 2050,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

Ayahanda sentiasa ada masa untuk keluarga – Bekir

KUCHING: “Ayahanda (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) merupakan seorang bapa yang sentiasa meluangkan masa lapang dengan anak-anaknya walaupun sibuk menjawat jawatan sebagai menteri,” kata

Samarahan, Serian bahagian jangkitan rabies

KUCHING : Bahagian Samarahan dan Serian diisytiharkan sebagai Bahagian Jangkitan Rabies berikutan kes positif rabies membabitkan haiwan dikesan di kedua-dua bahagian itu, baru-baru ini. Ini

BERITA TERBARU

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan