Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak tetapkan Protokol Am Pembukaan Semula Sempadan Antarabangsa Sarawak melalui udara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah membuat beberapa ketetapan Protokol Am Pembukaan Semula Sempadan Antarabangsa Sarawak melalui udara.

Ia boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) JPBN Sarawak di https://sdmc.sarawak.gov.my/.

“Tatacara ini berkuat kuasa mulai 1 April nanti,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, JPBN berkata ketetapan itu dibuat selaras dengan persediaan Malaysia ke ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ yang akan berkuat kuasa 1 April 2022, serta protokol am kemasukan pengembara dari luar negara ke Malaysia.

Sementara, JPBN menyatakan sebanyak 631 kes positif Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini, dengan 627 kes dalam kategori klinikal 1 & 2 dan empat kes dalam kategori klinikal 3, 4 & 5.

Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 191 kes diikuti Miri (118), Bintulu (69), Sibu (61), Samarahan (35), Serian (24), Sri Aman (17), Bau (15), Sarikei (13), Simunjan (13), Subis (13), Mukah (11) dan Matu (11).

Manakala di Betong enam kes, Saratok (4), Dalat (3), Kapit (3), Tebedu (3), Asajaya (3), Kabong (3), Lundu (2), Kanowit (2), Tatau (2) dan satu kes masing-masing di Marudi, Daro, Lubok Antu, Lawas, Telang Usan, Julau, Beluru, Sebauh serta Selangau.

Dalam pada itu, dua kematian direkodkan iaitu di Serian dan Sibu.

Di Serian, kes membabitkan remaja lelaki berusia 12 tahun yang merupakan penghidap Cerebral Palsy, yang meninggal dunia pada 24 Mac lalu di Hospital Serian.

Manakala di Sibu, kes membabitkan lelaki berusia 51 tahun, yang meninggal dunia di Hospital Sibu dan turut mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia, penyakit jantung dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

JPBN turut menyatakan satu kluster iaitu Kluster Lorong Cahaya Maju, Kuching ditamatkan dan tiada kluster baharu diisytiharkan, menjadikan tujuh kluster masih aktif.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru