Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak tidak potong elaun atlet

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
- Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya ketika ditemui di kompleks DUN, di sini hari ini.
-Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya ketika ditemui di kompleks DUN, di sini hari ini.

KUCHING: Sarawak tidak akan menghentikan peruntukan sukan atau memotong elaun atlet disebabkan keadaan ekonomi yang tidak baik, seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan terhadap atlet Sarawak yang mewakili negara.

Sebaliknya, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kementeriannya melalui Perbadanan Sukan Sarawak sedang meneliti bagaimana untuk membantu atlet-atlet yang terjejas itu.

“Saya juga tidak berpuas hati dengan perkara ini…elaun para atlet kita dipotong sehingga 70 peratus.

“Namun perkara ini tidak akan menjejaskan pembangunan sukan negeri kita kerana kerajaan negeri tidak menyokong cara itu,” katanya ketika membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut Karim, sebilangan atlet dari Sarawak yang mewakili negara telah bertemu dengannya bagi meluahkan masalah dan kekecewaan mereka mengenai perkara itu.

Beliau berkata antara daripada mereka ialah ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang dipotong elaun sehingga 70 peratus.

Justeru, Karim menegaskan tindakan memotong elaun atlet akan menjejaskan prestasi mereka.

Baca lain  Lampu isyarat di bulatan INTAN mula beroperasi esok

“Ini adalah atlet muda dan apabila anda memotong elaun, mereka akan cukup hancur,” katanya.

Bagaimanapun, katanya bagi Kerajaan Sarawak, insentif telah diberikan kepada atlet dari negeri ini yang mewakili Malaysia seperti dalam Sukan Olimpik dan Sukan Sea untuk perbelanjaan mereka di sana.

Namun menjawab cadangan Adun Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar Kerajaan Sarawak menampung elaun atlet yang dipotong itu, Karim menegaskan agak mustahil untuk melaksanakannya.

“Saya rasa tidak adil kita buat begitu atau kerajaan persekutuan akan mula potong sana sini.

“Kami akan bantu mereka tetapi dalam bidang lain yang akan dipertimbang dan dibincangkan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 Jun 2023

Berita Terbaru