ARTIKEL

Sarawak tidak tandus pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Lawn Tenis Sarawak (SLTA) masih mempunyai barisan pemain untuk terus diberi kepercayaan bersaing pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Presiden SLTA, Dato Patrick Liew memberitahu, terdapat enam pemain yang pernah beraksi pada temasya Sukma MSN Kuala Lumpur 2022 berada dalam skuad baharu yang akan dibentuk selepas ini.

“Masih ada lima hingga enam pemain berpengalaman akan bersama pasukan selepas ini,” ujar Patrick kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya himpunan pemain terbabit mampu menjadi nadi ke arah perolehan pingat untuk kontinjen Sarawak kelak mengambil kira pengalaman serta bakat yang dimiliki.

Dalam pada itu, badan induk berkenaan juga sudah mengenal pasti pemain muda berbakat yang berusia 14 tahun ke atas.

Sambil mengakui barisan pemain terbabit juga untuk persiapan membentuk pasukan bagi menghadapi Sukma untuk tahun 2024, 2026 dan 2028.

Tambah beliau lagi, pemain sedia ada ini dari beberapa bahagian seperti Sibu, Bintulu dan Miri.

Pada temasya Sukma MSN Kuala Lumpur 2022, skuad tenis Sarawak berjaya meraih dua pingat, satu emas dan satu perak.

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU