Sarawak tidak tergesa-gesa adakan PRN-12

KUCHING: Sarawak tidak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) ke-12 kerana masih fokus kepada usaha untuk memerangi pandemik Covid-19

Demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang jelas memberitahu soal pilihan raya akan dikemudiankan apabila nyawa perlu diselamatkan terlebih dahulu.

“Kita masih dalam keadaan darurat, pilihan raya negeri boleh (diadakan) kemudian. Namun untuk (menyelamatkan) nyawa, tidak boleh (ditangguhkan) bila-bila masa, ”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya oleh sama ada PRN akan diadakan sebaik sahaja Program Imunisasi Covid-19 bagi Sarawak berakhir pada Ogos tahun ini.

Terdahulu beliau melancarkan pemberian vaksin Covid-19 kepada petugas barisan hadapan di Stadium Perpaduan di Petra Jaya semalam.

Suara Sarawak