ARTIKEL

Sarawak tingkatkan infrastruktur taman negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Sarawak akan meningkatkan infrastruktur taman negara yang sering dikunjungi pelancong dan menswastakan pengurusannya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia  adalah pendekatan baharu untuk membangunkan industri pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bermula dari 2021 hingga 2025.

“Taman-taman negara yang sering dikunjungi pelawat kami seperti Taman Negara Bako, Taman Negara Semenggoh, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah. Ini adalah taman negara yang akan kami tingkatkan (infrastruktur),” katanya ketika merasmikan Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-8 2017/2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini semalam.

Abang Johari berkata semua taman negara akan diuruskan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan sektor swasta.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, Sarawak menyasarkan lima juta ketibaan pelancong.

“Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menggandakan lagi usaha dan menggalakkan kempen melawat Sarawak “Sarawak, More To Discover” selain memanfaatkan kempen TMM 2020,” katanya.

Sehingga Oktober tahun ini, Sarawak menerima ketibaan 34,100 pelancong kesihatan dan ini telah menjana resit pelancongan berjumlah RM47.6 juta.– BERNAMA

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU