SKUAD menembak Sarawak berjaya membawa pulang 15 pingat keseluruhan pada Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sports Excel Ke-3 Piala Tun Tan Siew Sin 2023 yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Malaysia, Subang (LSMS) hujung minggu lalu.
Dengan enam pingat emas, empat pingat perak dan lima pingat gangsa.
Pingat emas masing-masing diperoleh menerusi kategori dewasa (satu) dan remaja (lima).
Sambil itu, himpunan pingat perak masing-masing diperoleh dari kedua-dua kategori terbabit (dewasa dan remaja).
Berbanding, tiga pingat gangsa diperolehi menerusi kategori dewasa dan dua lagi menerusi kategori remaja.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menzahir rasa gembira dengan prestasi hebat dipamer penembak terbabit.
Katanya, kejayaan barisan atlet Sarawak memperoleh pingat dalam kejohanan itu penanda aras awal mereka untuk siap sedia menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
“Syabas kepada penembak kita kerana berjaya meraih pingat dalam kejohanan tersebut,” ujarnya.
Beliau menyifatkan penganjuran kejohanan terbabit oleh Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia amat bertepatan.
“Penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan persediaan kepada atlet kita bagi menghadapi Sukma 2024,” tambah Awang Putrayusrie.
Sambil mengakui pembabitan atlet Sarawak dalam kejohanan itu pada dasarnya dapat memberi peluang kepada mereka melalui situasi pertandingan kompetitif.
Sarawak pada kejohanan berlangsung darin23 hingga 28 Mei itu mempertaruhkan 18 atlet menembak.