ARTIKEL

Sarawak tuan rumah ketiga sesi libat urus pengenalan E-Invois LHDN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menjadi lokasi ketiga penganjuran program sesi libat urus bersama pengamal percukaian dan badan profesional berkenaan pelaksanaan Cukai Invois Elektronik (E-Invois) yang berlangsung, di Kuching, hari ini.

Program disertai kira-kira 200 peserta dimulai dengan sesi taklimat berkenaan E-Invois HASiL sebelum sesi dialog bersama 10 panel diketuai Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Hisham Rusli dilaksanakan.

Menurut Hisham, program terbabit pertama kali diadakan di Lembah Klang manakala yang kedua di Pulau Pinang.

“Dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan pelaksanaan e-Invois secara berperingkat dalam memastikan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara.

“Usaha ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 iaitu tumpuan diberikan dalam memperkukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan seterusnya ke arah pendigitalan pentadbiran cukai,” katanya ketika berucap pada majlis.

Antara perkara ditekankan sepanjang taklimat meliputi kepentingan e-Invois termasuk penjimatan kos pengurusan rekod.

Selain itu, inisiatif e-Invois turut dijangka dapat mengurangkan kos pembetulan, meningkatkan kecekapan kepasa pembayar cukai, dan proses kerja lebih teratur.

Sementara sesi dialog yang berlangsung sekitar dua jam berjalan lancar menyaksikan beberapa soalan khususnya mengenai persediaan serta isu selepas kewujudan e-Invois dilancarkan kelak.

Turut hadir majlis, Pengarah Jabatan Operasi Cukai, Shaharrudy Othman, Jabatan Undang-Undang Ahli Jawatankuasa Kerja, Marina Ibrahim, Jabatan Operasi Cukai Ahli Jawatankuasa Kerja Dr Rasyidah Che Rosli, Pengarah Bahagian Korporat LHDN Malaysia Ahmad Sauqi Ishak,  Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Strategik Dr Gunasegaran Muthusamy, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Ranjeet Kaur, Jabatan Pematuhan Cukai Ahli Jawatankuasa Kerja, Jafni Hashim, dan Jabatan Teknologi Maklumat Arbasiah Ankong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu