ARTIKEL

Sarawak tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 16 September ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun ini akan berlangsung secara fizikal di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 September 2023.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 Datuk Julaihi Narawi berkata, menjadi penghormatan kepada Sarawak kerana terpilih menjadi tuan rumah Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023.

“Sarawak selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan malah baru-baru ini, slogan “Segulai, Sejalai” dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. 

Sementara itu kata Julaihi, sambutan bertemakan “Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” bakal dihadiri tetamu kehormat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Dalam pada itu, turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Premier, Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya, Datin Seri Juliah Salag, ujarnya.

Pada masa sama katanya, mesyuarat tersebut diadakan bertujuan memperhalusi persiapan bagi mesyuarat seterusnya bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Digital yang akan diadakan pada 14 Ogos depan.

‘Malah antara persembahan yang akan diadakan adalah Persembahan Khas: Musical “Segulai, Sejalai”, Persembahan daripada 3 wilayah: Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, artis-artis tempatan tanahair serta Konsert Rakyat,’’ jelasnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat), Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Kanak-kanak), Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Ir Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Martin Ben dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee.

BERITA LAIN

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket