ARTIKEL

Sarawak tubuh dua unit baharu selaras dengan agenda pendigitalan sektor awam negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menubuhkan Unit Transformasi dan Inovasi serta Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, sebagai dua unit baharu dalam perkhidmatan awam negeri itu, selari dengan agenda kerajaan negeri memperkenalkan pendigitalan dalam sektor awamnya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semua anggota perkhidmatan awam Sarawak, harus cakna dengan perkembangan teknologi dan mengikuti perubahan trend dunia, agar dapat kekal memberikan mutu perkhidmatan di tahap yang terbaik merentasi masa dan perubahan.

“Kita bertanggungjawab melaksanakan dasar dan amanah untuk terus membawa kesejahteraan, perubahan yang positif serta inovasi dalam pelbagai lapangan dan bidang, sejajar dengan arus perubahan dunia bagi menjamin masa depan Sarawak yang kita sayangi.

“Slogan Segulai, Sejalai yang diiktiraf oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sesuai untuk mengambarkan solidariti penjawat awam sesama kementerian atau agensi di Sarawak dan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi bagi menghargai penjawat awam tertinggi Persekutuan dan negeri yang pernah berkhidmat di Sarawak yang diadakan di sini, malam ini.

Baca lain  Lelaki hilang ketika menjala ditemukan lemas

Abang Johari berkata penjawat awam, baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan di Sarawak, memainkan peranan penting dalam menerajui sistem penyampaian kerajaan dengan lebih profesional dan efisyen, demi kepentingan rakyat.

“Sebagai nadi penggerak utama dasar dan inisiatif kerajaan, para penjawat awam telah membantu menjadikan pentadbiran di Sarawak lebih stabil, profesional dan berkelas dunia,” katanya.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU