ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Naroden Majais di Jalan Bako, di sini, hari ini.

Sarawak tunggu arahan untuk bawa keluar pelajar dari konflik Timur Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak masih menunggu arahan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membawa balik pelajar Sarawak yang berada di Timur Tengah, susulan situasi terkini konflik yang tercetus antara Iran dengan Israel.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat banyak pelajar Sarawak di kawasan itu terutamanya di negara Jordan dan Mesir.

“Di Mesir kita banyak pelajar yang mengambil perubatan di Alexandria (bandar) selain daripada kursus agama yang ada di Universiti Al-Azhar, Mesir… Dan juga di negara Jordan banyak (pelajar).

“Justeru, kita sekarang menunggu nasihat daripada Kementerian luar sama ada keadaannya berbahaya atau tidak (membawa balik pelajar Sarawak).

“Kalau kementerian luar bersama dengan Kementerian pendidikan tinggi memberikan pandangan bahawa pelajar kita yang ada di Timur Tengah hendaklah dibawa keluar, maka kita akan mengikuti arahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Naroden Majais di Jalan Bako, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.