Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak United FC II gagal mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
REMBAT...Penyerang SU FC II (kanan) melepaskan rembatan ke pintu gol Sabah FC II
REMBAT…Penyerang SU FC II (kanan) melepaskan rembatan ke pintu gol Sabah FC II

KUCHING: Kekalahan tipis (1-0) ditangan Sabah FC II petang semalam menyaksikan Sarawak United FC II (SU FC II) tersasar dari landasan untuk pemburuan slot ke suku akhir.

Gol tunggal dijaringkan Yuseril Yusekil minit ke-37 menjadi pemisah keinginan anak-anak buah Safri Amit untuk berada dalam kelompok lapan terbaik saingan musim ini.

“Kita terima keputusan tersebut walaupun agak berat untuk menerimanya,” ujar Safri ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Safri, nasib tidak begitu memihak kepada anak-anak buahnya untuk memenangi perlawanan tersebut dalam keadaan pentas saingan dikuasai sepenuhnya selain deretan peluang banyak dimiliki.

“Jika kami berjaya menjaringkan gol, pasti keputusan sebaliknya berlaku,” tambah Safri.

Beliau dalam masa yang sama memuji semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan

Aksi terakhir SU F  II akan menentang UiTM FC di Kuching pada 18 Julai ini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News