ARTIKEL

Sarawak United FC kekal beraksi tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan Sarawak United FC (SU FC) akan terus beraksi dalam kancah Liga M3 musim depan.

Presiden SU FC, Datuk Posa Majais memberitahu, meskipun diselubungi prestasi kurang memberangsangkan tatkala menamatkan saingan di tangga ke-12, mengumpul empat mata dengan mencatat satu kemenangan dan sekali seri dari 24 perlawanan dilalui.

Katanya ia bukan alasan bagi skuad kendalian Jamal Wasli untuk melupakan terus pentas saingan Liga M3.

“Kita akan kekal beraksi di Liga M3 musim depan. Prestasi yang kurang memberangsangkan musim ini, bukan alasan untuk kita mengundur diri,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Posa, pihaknya akan melakukan ‘post mortem’ bagi tujuan persiapan membentuk skuad berwajah baharu musim depan.

Dalam perkembangan sama, Posa kagum dengan semangat serta komitmen diberikan pemain sepanjang musim ini.

“Kita beraksi tanpa pemain bintang tetapi berjaya memberi tentangan kepada pasukan lawan pada setiap perlawanan,” tambah Posa.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU