Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Sarawak United FC mampu seri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PEMAIN import SUFC, Sandro (kiri) cuba melepasi pemain Terengganu II dalam aksi di Stadium Hang Jebat malam kelmarin.

HASRAT Sarawak United FC (SUFC) untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian setelah hanya mampu seri 0-0 ketika menentang Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Namun, SUFC mengekalkan rekod tanpa kalah, serta belum lagi dibolosi setelah mengharungi empat perlawanan.

Dalam aksi malam kelmarin, SUFC mencipta beberapa peluang, namun gagal menyudahinya sebagai jaringan.

“Para pemain telah melakukan usaha sedaya spaya sehingga minit-minit akhir,” kata jurulatih SUFC, E. Elavarasan.

“Namun gawang Terengganu sukar ditembusi apabila pemain mereka begitu pantas berkumpul di kawasan sendiri,” ujarnya yang dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, kedua-dua pasukan tidak begitu gembira dengan keputusan ini.

Jelasnya, untuk perlawanan akan datang banyak yang perlu diperbaiki, terutama sentuhan penyudah.

“Kita mesti perbetulkan segala kelemahan untuk memburu kemenangan,” tegasnya.

Kombinasi serangan, Uche Agba dan Norshahrul Idlan Talaha, tidak begitu menjadi walaupun ada peluang.

Mereka kini kekal di tangga kedua dengan 10 mata. Negeri Sembilan kakel menerajui takhta laag ketelah mengalahkan skuad Project FAM-MSN 2-0.

Baca lain  Uche mula berlatih esok

SUFC akan menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada 3 April depan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KL benam Pahang

JURULATIH Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak, berkata kemenangan 2-1

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru