Sarawak United ikat Ronaldinho?

PENYERANG lincah, Patrick Ronaldinho Wleh, 29 bakal menyertai skuad Sarawak United FC untuk saingan Liga Premier 2020.

Kelibat Ronaldinho kini berada di Kuching bersama jurulatih baharu E Elavarasan.

Kehadiran bekas penyerang berbisa Selangor, Sime Darby, PKNS dan PDRM FA tersebut petunjuk bakal menyarung jersi Sarawak United.

Patrick berasal dari Liberia pernah bermain untuk Gedi & Sons FC, kelab Israel Hapoel Petah Tikva FC dan LISCR Monrovia.

Kehadiran penyerang yang digeruni pasukan lawan tersebut sebagai pelengkap barisan serangan Sarawak United.

Ronaldinho dijangka bergandingan dengan bekas rakan sepasukan Amri Yahyah dibahagian serangan.

Sarawak United kini mempunyai jurulatih baharu, E Elavarasan yang menggantikan tempat calon jurulatih import, Juan Carlos Magro yang dihantar pulang baru-baru ini.

Selain menyingkirkan Carlos Magro, Sarawak United turut mengetepikan semua calon pemain import asing ekoran gagal menyerlah dalam tiga aksi persahabatan di Semenanjung barubaru ini.

Sarawak United kalah 5-0 kepada PDRM, tewas 4-1 kepada Perak dan tumbang 2-1 kepada Kuala Lumpur.

Suara Sarawak