ARTIKEL

Sarawak United ke Liga Perdana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengesahkan pihaknya telah mengambil alih pasukan Selangor United, yang kini dijenamakan sebagai Sarawak United.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Suara Sarawak baru-baru ini, Posa mengakui pasukan baharu itu kini sedang dibentuk dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggu depan.

Katanya, pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh calon ketua jurulatih setakat ini. “Kami akan memanggil kesemua calon ini untuk proses temu duga yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, lima calon jurulatih tersebut adalah dari luar negara, dengan masing-masing dari Sepanyol, Belgium, Iran, Singapura dan tiga jurulatih tempatan dari negara ini.

“Kami akan memilih yang terbaik dan kali ini benar-benar bersedia untuk beraksi dalam Liga Perdana,” katanya lagi.

Menurutnya, sasaran tahun ini adalah untuk kembali ke Liga Super dan selepas pemilihan ketua jurulatih dan panel kejurulatihan, fokus akan terarah kepada pemilihan pemain.

Mengulas pengambilalihan pasukan tersebut daripada Selangor United, katanya ia berlaku secara sah dan teratur.

“Pasukan itu akan menjadi milik FAS dan bukan pasukan peribadi saya. “Saya memikul tanggungjawab demi maruah negeri, dan kerana itu saya mengambil tindakan drastik ini,” katanya.

Tindakan itu juga merupakan satu sejarah kerana tidak pernah berlaku pada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.

Beliau berharap, banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri akan membantu selepas ini, terutama dari segi peruntukan kewangan. “Kami berharap dana Kerajaan Negeri dapat disalur pada awal musim, untuk membantu membentuk pasukan dan memilih pemain yang terbaik,” katanya.

Presiden FAS itu turut mengesahkan Hamzah Ibrahim yang dinamakan sebagai pengurus Sarawak FA sebelum ini, akan bertindak sebagai pengurus Sarawak United.

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik