ARTIKEL

Sarawak yakin PdP Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak yakin dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bermula dengan murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) seluruh negeri, tahun depan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata akan mula melatih guru yang mengajar subjek berkenaan pada bulan depan.

“Ya kita sudah bersedia. Kewangan sudah ada yang diluluskan oleh kerajaan Sarawak dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga sudah bersedia.

“Kita yakin program ini dapat dilaksanakan awal tahun depan,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Antarabangsa Persatuan Mengajar Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) Ke-28 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Hadir sama Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, Timbalan Pengarah Besar Pendidikan Malaysia Datuk Sulaiman Wak dan Presiden Melta, Profesor Ganakumaran Subramaniam.

Manakala mengenai membaik pulih sekolah daif di Sarawak, Manyin berkata projek itu akan dilaksanakan sebaik mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Baca lain  Toyota Vellfire hampir musnah dalam kebakaran

“Saya ada berbisik dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semasa mesyuarat minggu lepas dan beliau berkata sedang menunggu arahan daripada MoF.

“Jadi sebaik sahaja arahan dikeluarkan oleh MoF, maka ia boleh dimulakan,” katanya.

Manyin (kanan) mengiringi Raja Nazhatul Shima melawat pameran sempena Persidangan Antarabangsa MELTA Ke-28 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU