ARTIKEL

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Diskusi Bersama Premier Sarawak di PAUM Clubhouse hari ini. - BERNAMA

Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pada suku pertama tahun ini, Sarawak memperoleh pendapatan bernilai RM4.798 bilion, sekali gus membuktikan negeri itu berada pada landasan tepat ke arah menjadi negeri berpendapatan tinggi menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCSD 2030).

Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong, berkata keyakinan itu didorong oleh usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang ekonomi baharu dan penekanan kepada usaha meneroka penggunaan teknologi serta pendigitalan dalam pelbagai sektor.

“Pendapatan negeri Sarawak akan berubah. Saya yakin dan jangkakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, pendapatan kita akan terus meningkat.

“Yang kita perlu berani mengubah minda rakyat terutama di kawasan pedalaman dan menerapkan penggunaan teknologi, kemudian kita boleh ubah rantaian nilai keseluruhan ekonomi kita,” katanya pada sesi dialog awam dalam program Diskusi Belanjawan Sarawak di PAUM Clubhouse, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, dan Naib Censelor UM, Datuk Seri Prof. Dr Noor Azuan Abu Osman, serta lebih 400 mahasiswa Sarawak dari 12 universiti awam di Semenanjung Malaysia.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya (PMSUM) itu bertujuan membuka ruang kepada mahasiswa dan anak Sarawak memberi pandangan, input serta maklum balas dalam merangka belanjawan negeri.

Sementara itu, Abang Johari dalam persidangan media kemudiannya berkata usaha pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak yang sedang berlangsung ketika ini bukan untuk tujuan komersial semata-mata sebaliknya Kerajaan Negeri berhasrat menjadikannya sebagai sebuah entiti infrastruktur.

Selain itu, katanya, langkah itu juga selaras dengan cadangan Sarawak untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baharu dalam usaha menjadikan ibu negeri, Kuching, sebagai hub penerbangan serantau. – BERNAMA

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU