SarawakPay kini dapat diterima di luar negara

KUCHING: Pelancaran kad maya UnionPay menerusi SarawakPay hari ini menjadi satu lagi kejayaan Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia membolehkan e-dompet  SarawakPay digunakan untuk pembayaran di luar negara, iaitu kod QR UnionPay dapat diterima.

“Hari ini kita menyedari aspirasi ke arah global apabila e-dompet SarawakPay dapat digunakan sebagai transaksi pembayaran tanpa tunai yang lancar di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis maya Pelancaran Kad Maya UnionPay melalui SarawakPay di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Suara Sarawak