Sarikei berstatus kuning

KUCHING: Daerah Sarikei bertukar daripada status hijau kepada kuning hari ini, setelah melaporkan satu kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala Daerah Bukit Mabong bertukar daripada status jingga kepada kuning setelah melaporkan 27 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Beluru dan Dalat kembali ke status jingga daripada status merah setelah masing-masing melaporkan 23 dan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Song, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,024 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala, Daerah Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 33 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang
lepas.

Daerah Lundu, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 72 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala, 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Suara Sarawak