Sarikei Buskers dan B Sharp pukau pengunjung Taman Selera Bintangor

GANDINGAN mantap dua kumpulan muzik tempatan, Sarikei Buskers dan B Sharp menghiburkan pengunjung Taman Selera Bintangor malam tadi.

Acara ‘jamming santai’ yang bermula pada jam 8.30 malam itu cahaya lampu diisi dengan pelbagai lagu menarik yang menghibur dan mengembirakan hadirin.

Ia merupakan persembahan kedua kumpulan berkenaan selepas pertunjukan di Taman Selera Sarikei minggu lalu.

Sarikei Buskers dibarisi line up Adi (gitaris), Andy (Dram), Kadir dan Intan (Vokalis) dan Lai (Bass) tampil dengan beberapa buah lagu pilihan.

Kumpulan yang sering mengadakan persembahan sekitar Sarikei ini sempat menunaikan lagu pemintaan pengunjung, Kau Roadblock Hatiku, Temberang dan Sayang.

Anggota kumpulan mengabadikan kenangan beramai-ramai sejurus tamat persembahan.

Pada masa yang sama, Sarikei Buskers turut mengimbau kenangan dengan dendangan lagu nostalgia seperti Kisah dan Tauladan, Lamunan Terhenti, Gerhana, Hati Emas, Kamelia dan Zombie.

Dalam pada itu, B Sharp yang dianggotai Eyna (vokalis), Deen (Bass), Lead ( Pezal), Dedek (Dram) juga tidak kurang hebat apabila tampil dengan Material Girl, Dan Sebenarnya, Tak Mungkin Kerana Sayang dan Apa Nak Dikato.

Keunikan kumpulan ini terserah apabila mampu membawa genre blues dengan baik.

Malah mereka mempunyai keserasian yang cukup mantap dalam mempersembahkan setiap lagu untuk sajian penonton.

Busking bersama buskers yang mula bertapak di Sarikei sejak lima tahun lalu menjadi pilihan peminat muzik untuk mengetengahkan bakat seni masing-masing.

Sarikei Busker tampil dengan persembahan tersendiri.

 

B Sharp

 

Sebahagian pengunjung Taman Selera Bintangor.

Suara Sarawak