Sarikei kembali kuning

KUCHING: Daerah Sarikei kembali ke status kuning daripada jingga hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia setelah daerah ini merekodkan hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,961 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan buah daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus jingga dengan 105 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Beluru, Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus kuning.

Sementara sembilan daerah lain kekal berstatus hijau.