ARTIKEL

Sarikei tidak tersisih dalam arus pembangunan – Tiong Sii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Penduduk Sarikei bertuah kerana tidak tersisih dalam arus pembangunan, malah mendapat manfaat daripada pelbagai projek yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Penyandang Kerusi DUN Repok Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, Sarikei mempunyai kawasan baharu yang dapat memberi peluang baru kepada penduduknya.

“Pelaksanaan projek berimpak tinggi di sini merupakan bukti jelas keprihatinan kerajaan bagi memastikan kehidupan rakyat sentiasa terjamin.

“Sehubungan itu, saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana meluluskan pelaksanaan projek pembinaan jalan dari Sarikei ke Tanjung Manis,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di kawasan DUN Repok, hari ini.

Menurutnya, bermula sebagai sebuah pekan kecil, Sarikei yang didiami pelbagai etnik kini sudah berubah wajah dan terus mengorak langkah menuju pembangunan.

Malah katanya, kedudukan yang terletak di pertengahan Sarawak menjadikannya sebagai lokasi persinggahan penting perjalanan dari Kuching ke Sibu sama ada melalui jalan raya atau sungai.

“Dalam pada itu, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.

“Selain terkenal dengan hasil pertanian dan buah-buahan, kawasan ini menjadi pusat pemasaran produk kampung. Justeru tidak hairan jika Sarikei menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim cuti dan hujung minggu,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU