BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menekankan perlunya melakukan pemeriksaan saringan Covid-19 secara besar-besaran apabila kes positif dikesan di suatu kawasan.
Menurutnya, pihak berkuasa hanya dapat mencegah penyebaran jangkitan Covid-19 di kalangan masyarakat menerusi pendekatan tersebut(saringan Covid-19).
Beliau memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak berkuasa dalam membuat sekatan jalan raya yang menutup pintu masuk utama sebuah rumah panjang di Batu 18 Jalan Bintulu-Miri, dalam usaha untuk memutuskan rangkaian transmisi Covid-19 di Bintulu.
“Saya percaya jika Pejabat Kesihatan Bintulu tidak melakukan pemeriksaan saringan Covid-19 berskala besar minggu lalu, kemungkinan besar virus itu akan menyebar ke mana-mana,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau terus menggesa orang ramai, terutama mereka yang menghadiri pengkebumian di rumah panjang di Pasai Siong, Sibu, termasuk mereka yang berasal dari Sibu dan bekerja di Bintulu, untuk segera menjalani ujian calitan Covid-19.
Malah, beliau turut meminta mereka yang telah mengunjungi kawasan berisiko untuk tampil
membuat ujian calitan.
Tiong menzahirkan kebimbangannya ekoran kes positif yang dicatatkan di Bintulu telah disahkan berasal dari Kluster Pasai.
“Tidak kira sama ada anda mempunyai gejala atau tidak, anda mesti menjalani ujian saringan secepat mungkin,” kata Tiong semasa sidang media selepas memantau situasi pemeriksaan saringan Covid-19 dan sekatan jalan raya di pintu masuk ke rumah panjang, Garena Pi.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP)yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my