Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Saringan ketat buat kontraktor dikaji di Sarawak 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Fadillah (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima.
Fadillah ketika ditemui wartawan selepas menghadiri majlis penganugerahan Maal Hijrah di Surau Darul Azim, di sini, hari ini.

 

KUCHING: Satu kajian akan dijalankan oleh kerajaan Sarawak dalam mewujudkan satu sistem bagi mengenal pasti kontraktor yang komited, seperti yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sedang meneliti sistem tersebut adakah ia boleh dilaksanakan di peringkat negeri atau tidak.

Di peringkat persekutuan jelasnya, sistem seperti ini dilaksanakan yang mana kontraktor terpaksa menjalani proses atau saringan yang telah ditetapkan.

“Mereka akan dinilai dari segi kewangan, pengalaman, teknikal, jentera, rekod prestasi yang baik dan sebagainya.

“Saya pernah berbincang dengan Datuk Amar (Uggah) mengenai perkara tersebut sebelum ini, dan saya mengalu-alukan serta menyokong penuh usaha beliau untuk melaksanakan sistem sebegitu di Sarawak.

“Memiliki sistem sebegini sudah pasti membantu negeri melantik kontraktor yang boleh dipercayai untuk menyiapkan projek sakit,” katanya.

Fadillah (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis penganugerahan Maal Hijrah di Surau Darul Azim, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata di peringkat persekutuan buat masa ini, mereka sedang mencari jalan untuk mengurangkan projek sakit.

“Walaupun kurang daripada lima peratus projek sakit di sana, lebih baik sekiranya ia dapat dikurangkan kepada sifar peratus, di mana tiada lagi projek sakit yang wujud,” jelasnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News