ARTIKEL

Ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan, Sarjit Singh. | BERNAMA

Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan Sarjit Singh membayangkan skuad Speedy Tigers untuk Piala Sultan Azlan Shah bulan hadapan akan diterajui empat pemain senior.

Pemain tersebut ialah penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman, 32, pemain pertahanan Muhammad Marhan Jalil, 34, pemain tengah Mohd Fitri Saari, 31, dan Faizal Saari, 33, yang kesemuanya merupakan pemain berpengalaman skuad hoki lelaki negara.

Dua beradik Mohd Fitri dan Faisal yang kini bermain di Liga Hoki Bangladesh, akan menyertai latihan pasukan pada hujung bulan ini.

Sarjit, yang kini sedang membentuk semula pasukan sebagai persediaan untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.

“Saya berharap keempat-empat pemain ini, sudah tentu (jika) tahap kecergasan mereka baik dan mereka bebas daripada kecederaan.

Kami akan membina satu pasukan dengan mereka, kerana pemain lain masih muda… diharapkan empat pemain ini akan dapat membimbing pemain muda.

Baca lain  Zharif cipta kejutan dalam acara maraton

“Namun, tiada mana-mana pemain yang tempatnya terjamin, kita mahu berikan kesemuanya peluang sama rata.

Tetapi, sebagai pemain senior mereka kena bimbing pemain muda, dan kita akan nilai dari segi latihan,” katanya kepada media ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, di sini semalam.

Sarjit, 62, akan mengumumkan skuad ke Piala Sultan Azlan selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan ke-10 dunia New Zealand pada 1 Mei di Ipoh, sebelum satu lagi perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan, pada keesokkan harinya.

Beliau berkata pemain akan mempunyai kira-kira 35 ke 40 perlawanan bagi membuktikan kelayakan mereka dalam pasukan itu, tahun ini.

Selepas Piala Sultan Azlan yang menjadi ujian pertama Sarjit, Speedy Tigers akan menyertai kejohanan Piala Negara-negara di Poland dari 30 Mei hingga 1 Jun dan Piala Juara-juara Asia dari 8 hingga 17 Sept di Inner Monggolia, China.

“Bukan mudah untuk pemain berada dalam senarai 18 terakhir. Ia juga sukar buat jurulatih untuk memilih, kerana kumpulan ini terdiri daripada pemain muda, tetapi kita boleh mempunyai pilihan pemain untuk kejohanan-kejohanan ini,” katanya.

Baca lain  Pelbagai program pembangunan bola sepak dirangka di bawah FAS

Malaysia yang kini menduduki tangga ke-13, dunia akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan mereka di Ipoh berhadapan juara tiga kali Pakistan pada 4 Mei, diikuti perlawanan menentang Kanada (5 Mei) dan juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas selepas pusingan robin akan menentukan juara, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan menentukan pemenang pingat gangsa. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Empat beradik jadi taruhan Machan FC

KUCHING: Gandingan empat beradik, Ashri Chuchu, 33, Azman Chuchu, 27, Mohd. Shafitri Salim, 30 dan Mohd. Adif Salim, 26 akan menjadi taruhan di jentera serangan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan