ARTIKEL

Sasar 90,000 kg minyak sawit terpakai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan pengumpulan 90,000 kilogram (kg) minyak sawit terpakai, melibatkan penyertaan 6,000 orang awam pada akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bagi mencapai sasaran itu, program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai diperluas ke stesen minyak PETRONAS di seluruh negara secara berperingkat

. “Pada 2024, kita menyasarkan perluasan ke 50 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara dengan sasaran jumlah pengumpulan 528,000 kg dan penyertaan 40,368 orang awam

“Usaha pengumpulan minyak masak terpakai ini juga langkah proaktif pihak PETRONAS sebagai persediaan untuk mengkomersialkan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi memenuhi tuntutan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA),” katanya ketika berucap di program itu sempena Trek Komoditi 2023 Zon Sarawak di sini, pada Sabtu.

Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti akan kepentingan amalan mengitar semula minyak masak terpakai, demi menjaga alam sekitar serta membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada isi rumah.

Inisiatif berkenaan yang dilancarkan pada 18 Julai lepas di Stesen PETRONAS, Putrajaya kini sudah dikembangkan ke 33 stesen PETRONAS seluruh negara, dengan dua daripadanya di Sarawak iaitu PETRONAS Astana, Kuching dan PETRONAS Desa Senadin, Miri.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU