ARTIKEL

Sasar latih 10,000 usahawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan dilatih tahun lepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan ada yang mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu.

“Ini menunjukkan INSKEN merupakan agensi bimbingan keusahawanan penting di negara ini.

Kementerian terus sokong dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada usahawan kita menerusi INSKEN ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN, di sini.

Ewon berkata pelbagai program dan latihan keusahawanan direncanakan tahun ini dengan harapan dapat membimbing 10,000 usahawan dan berdasarkan kajian pihaknya, usahawan mikro dan kecil paling ramai terlibat dalam sektor perkhidmatan.

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan dengan senarai latihan boleh didapati di laman https://www. insken.gov.my/pendaftaran/.

Baca lain  Petronas Gas jangka kadar penggunaan lebih tinggi bagi terminal Regasifikasi Melaka

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan lokasi Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) anjuran KUSKOP yang seterusnya, Ewon berkata ia bakal diadakan pada 11 dan 12 Mei depan di Kuala Penyu, Sabah sempena Pesta Kaamatan.

“Program sama juga diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara, selain kita juga bakal mengadakan Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Francais dan Jualan MADANI Koperasi selepas ini,” katanya.- Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali