ARTIKEL

SERDANG, 9 Jun -- Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali (dua, kanan) beramah mesra bersama orang ramai ketika happy hour yang berlangsung pada Sambutan Karnival Setahun Jualan Agro MADANI sempena Majlis Pra Peluncuran MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sasar tiga juta pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada September depan, menjadi medan perkongsian teknologi pertanian peringkat global dengan sasaran kehadiran tiga juta pengunjung.

MAHA 2024 yang berlangsung di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada 11 hingga 22 September ini memberi penekanan kepada elemen seperti daya tahan sektor keterjaminan makanan serta menarik minat golongan muda dalam sektor pertanian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali berkata dalam meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA 2024 membawa masuk syarikat berteknologi tinggi seperti China dan Thailand untuk berkongsi teknologi dan kemahiran

“Kita lihat penggunaan kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan teknologi yang berproduktiviti tinggi akan menarik belia menceburi bidang pertanian.

“Teknologi moden dalam pertanian pintar merupakan satu cara kita meningkatkan produktiviti tanaman, menyumbang peningkatan hasil besar pertanian dan juga tahap sara diri di peringkat pertanian sama ada ternakan atau akuakultur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan MAHA Fun Run 2024 dan sambutan karnival setahun jualan agro MADANI sempena majlis pra peluncuran MAHA 2024 di sini, semalam.

Lokman Hakim berkata, MAHA 2024 menjanjikan sesuatu yang istimewa buat pemegang taruh industri pertanian serta orang ramai yang meminati sektor tersebut.

MAHA 2022 sebelum ini merekodkan kehadiran lebih 1 juta pengunjung dengan 33 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM5.64 bilion yang ditandatangani. – Benama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke